Gubahan Bunga Citarasa Abadi

Flower Chimp adalah kedai bunga premium dan hadiah bagi penduduk Malaysia yang memberi keindahan gubahan bunga-bunga segar yang abadi dan sentiasa menepati citarasa anda. Di Flower Chimp kami hanya menggunakan bunga yang segar dan cantik dalam semua tempahan anda.

Sejambak Bunga Keindahan Berkekalan

Urusan kami, kami menawarkan gubahan bunga segar untuk kegunan bagi pemberian hadiah dan hamper. Diantara gubahan kami yang terkenal adalah untuk pelbagai majlis dan peristiwa :

  • Sebarang majlis dan pelbagai tema
  • Majlis ulang tahun
  • Majlis Hari Lahir
  • Semoga Sembuh
  • Peristiwa yang Romantik / Hari Kekasih
  • Pengijazahan / Konvokesyen
  • Kelahiran Bayi
  • Ucapan Terima kasih / Penghargaan
  • Takziah
  • Perniagaan
  • Premium
  • Pertunangan dan Akiqah

Penjenamaan antarabangsa dengan kualiti yang diiktiraf, reka bentuk yang terbaik & berkualiti untuk pembungkusan sentiasa diutamakan. Sebut sahaja majlis apa, kami di Flower Chimp pasti boleh melaksanakannya. Jadi, sangat senang untuk pengguna membuat tempahan mengikut citarasa sendiri hanya perlu ke website kami di Flower Chimp dan klik-klik mana yang diperlukan. Mudah kan!

Untuk kategori jenis bunga pula, memang ada banyak jenis-jenis bunga yang boleh membuat para pelangan rambang mata ingin memilih. Ada pelbagai jenis bunga yang sesuai untuk pelbagai jenis majlis bagi kehendak pelanggan. Gubahan bunga bolehlah dipilih samada dibawah:

  • Jambangan bunga berdiri dalam pembukaan kedai
  • Bunga dalam bakul
  • Jambangan Bunga tangan
  • Bunga Hiasan Meja
  • Bunga Pokok Sepit Udang
  • Bunga Teluki @ Bunga Anyelir(Carnation)
  • Bunga Kekwa
  • Bunga Gerbera (Daisies)
  • Buang Kembang Tiga Bulan (Hydrangeas)
  • Bunga Lili
  • Aggerik (Orkid)
  • Mawar (Rose)
  • Bunga Matahari (Sunflower)
  • Tulips

Semuanya digubah dengan cantik dan seronok mata memandang dan ramai yang telah jatuh cinta dengan jambangan bunga yang cantik cantik tu.

Seni Gubahan Bunga Dari Flower Chimp

Di Flower Chimp kami membawakan siri gubahan bunga kepada semua untuk musim perayaan atau sebarang majlis, agar kediaman pelanggan kami tampil hebat dan kelihatan lebih menarik. Anda harus memahami cara asas gubahan bunga untuk mempelajarinya walaubagaimana pun anda boleh sahaja menyerahkannya kepada pakar kami, bagi merealisasikan impian anda itu. Mengenai gaya gubahan pada masa kini kebanyakan pelanggan lebih senang menempah gubahan bunga yang ringkas, tetapi mampu menonjolkan daya kreativiti. Gubahan gaya ringkas itu khususnya yang membabitkan seni rekaan  yang terbahagi kepada 3 susun atur utama, iaitu:

  • Gubahan bulat
  • Tiga segi
  • Diamond

Tidak kiralah apa jua jenis dan bentuk pasu yang akan dipadankan sama ada pasu rendah, bujur, pasu tinggi, bulat, empat segi, pasu separuh dan sebagainya.  Para pelanggan yang bijak akan memilih jenis gubahan bunga bagi diletakkan di tempat-tempat yang sepatutnya. Banyak jenis gubahan bunga yang dapat dimiliki di laman web kami dan setiap satunya mampu melekakan sesiapa sahaja yang melihat.

Kombinasi Idea Flower Chimp Dan Gaya Pernigaan Anda

Flower Chimp menerima tempahan pelbagai jenis hamper tidak kira untuk musim perayaan di Malaysia atau majlis ulang tahun untuk dijadikan hadiah yang semuanya dibuat mengikut bajet serta tema dikehendaki pelanggan koprat kami. Kebiasaannya, tempahan bagi gubahan hamper, bunga atau coklat memang sedia ada namun kami juga menerima tempahan mengikut apa yang dikehendaki pelanggan. Kombinasi idea ini, dapat mengetengahkan kepuasan pelanggan yang mampu menonjolkan hamper yang bergaya koprat dan abstrak. Perbincangan rapi bersama pelanggan terutama berkaitan gaya dan harga gubahan hamper adalah suatu perkara yang amat penting. Daripada situ, kami mendapat ilham yang jelas kerana setiap apa yang dimahukan pelanggan itu memberi idea baru kepada kami diFlower Chimp untuk berkarya. Selepas mengetahui apa yang pelanggan mahukan, kami akan gabungkan idea untuk menghasil­kan gubahan hamper yang terbaik.

Harga Kami Yang Berpatutan

Para pelanggan kami akan menikmati harga yang lebih rendah bagi bunga yang diimport kerana kami mendapatinya secara pukal untuk harga yang terbaik. Sebahagian daripada harga kami boleh menjadi lebih tinggi untuk mengimbangi dengan hasil gubahan produk kami yang dari bunga berjenama, bahan-bahan yang lebih berkualiti dan aksesori dengan reka bentuk lebih menarik.

Penghantaran Percuma Diseluruh Malaysia Tanpa Had Pembelian Minimum.

Flower Chimp menjanjikan hantaran bunga segar percuma diseluruh Malaysia. Yang lebih menarik lagi, jika pelanggan menempah gubahan bunga disalah satu lokasi kedai bunga kami, kami menyediakan penghantaran bunga dan kad ucapan secara PERCUMA. Sangat menarik bukan? Flower Chimp juga sentiasa mengekalkan kualiti perkhidmatan yang tinggi dan yang penghantaran bunga paling segar, bunga yang paling fresh untuk anda.

Penghantaran Hari Yang Sama

“Flower Chimp Same Day Delivery” memberi khidmat penghantaran hari yang sama dilokasi kedai bunga boleh didapati di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan kawasan disekitar Negeri Selangor. Pesanan ini perlu dibuat sebelum jam 12:00 tengah hari, tiada caj tambahan, bagaimanapun pesanan anda perlu membenarkan kami sekurang-kurangnya 4 jam untuk kami membuat persediaan bagi tujuan penghantaran.

Seleksi yang lebih daripada 200 jenis gubahan bunga segar untuk dipilih

Cantik dan Elegant! Bukan semua gubahan perlu sarat dan dimuatkan dengan gubahan bunga perbagai warna. Terdapat juga gubahan yang sangat minima seperti gubahan ala oriental dan moden. Selalunya ia sesuai di tempatkan di ruang yang agak ringkas seperti di kediaman moden mahu pun ruang terhad serta di pejabat. Seleksi bunga di Flower Chimp memberikan lebih 200 gubahan bunga dan jambangan bunga yang berkualiti yang hebat. Ianya sudah semestinya nampak exclusive, sesuai untuk diberikan kepada orang yang tersayang sebagai hadiah atau sebagai penghargaan. Anda akan berpuas hati memilih seleksi kami yang menarik ini kerana kami mempunyai banyak pilihan dengan koleksi gubahan dari bunga segar yang cantik. Penggubah dan penghantar bunga kami begitu pakar dalam menyampaikan hasrat hadiah jambangan bunga yang indah bagi pihak anda, ia memastikan bahawa setiap sentuhan mempunyai kualiti yang terbaik, digubah dengan cantik lalu gubahan disampaikan pada penerima dengan senyuman yang pasti boleh menggembirakan hati setiap penerima.

Promosi dan Kesetiaan Anda

Kesetiaan anda adalah penting bagi kami. Anda hanya perlu mengisi alamat email anda di ruang yang disediakan bagi mendapatkan voucher RM 15 kami dan promosi yang kami jalankan dari masa kesemasa. Sangat mudah bukan! Selain dari email, hubungan anda dengan kami bolehlah dieratkan bersama platform Facebook dan Instagram. Jom “like” kami.